Melaka Digital

Negeri Melaka ke arah memartabatkan pendidikan dengan slogan Digitalisasi Minda: “Anak Melaka Membaca”.


Rata-rata dunia hari ini membincangkan pendigitalan dalam pendidikan. Keutaman agenda ini diperkukuhkan lagi selepas pelaksanaan kawalan pergerakan akibat wabak pengancam nyawa dan banyak aktiviti terpaksa ditangguhkan. Bidang ekonomi dan sosial tidak terkecuali terkesan dengan keadaan ini. Situasi ini semestinya merencatkan institusi pendidikan negara kerana pengajaran dan pembelajaran sama ada peringkat sekolah, kolej mahupun universiti tidak dapat dijalankan seperti biasa. Kesannya amat parah apabila anak-anak tidak boleh membaca dan ilmu jauh terlekat di dada. Persoalan yang bermain diminda kini, pendemik yang berlaku telah menguji kesediaan negara dalam menghadapi era digitalisasi dan Industri Revolusi 4.0.

Negeri Melaka sememangnya layak dinobatkan sebagai Tapak Warisan Dunia (UNESCO) kerana menyajikan kepelbagaian warisan budaya yang luar biasa dan mencermin warga bandaraya yang intelektual dalam kesusasteraan, kesenian serta berilmu. Pelaksanaan aktiviti membaca secara berterusan oleh anak-anak mampu membentuk minda dan memberi makna yang besar kepada warga melaka. Pelaburan ini semestinya bukan suatu yang sia-sia kerana impaknya nyata terbukti dan kesannya pada anak bangsa dan negara tercinta.

Oleh yang demikian, dalam menyahut seruan pendigitalan dalam pendidikan dan kempen berterusan membaca negara. Tema DIGITALISASI MINDA: “ANAK MELAKA MEMBACA” perlu diperkasakan untuk menyokong tabiat dan galakan membaca di kalangan anak-anak dan warga Melaka. Sehubungan itu, kami berbesar hati untuk menawarkan program galakan membaca menggunakan buku elektronik (eBook) di bawah sistem automasi Unified Digital Library (UDL) melalui seluruh Pusat Sumber Sekolah Negeri Melaka. Semestinya sistem ini bakal membentuk minda berilmu warga Melaka dan memberi nilai tambah dalam pengurusan Pusat Sumber Digital di sekolah-sekolah Negeri Melaka.

Sistem automasi Unified Digital Library (UDL) dilengkapi dengan pelbagai fitur baharu yang dapat menggalakkan budaya membaca dalam kalangan anak-anak Melaka. Melalui fitur baharu ini juga, anak-anak Melaka memperoleh bahan bacaan hanya dihujung jari tanpa mengira masa, tempat serta sempadan. Pengalaman baharu ini mencetus suatu perubahan anak-anak Melaka ke arah fasih digital selaras Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam (PSPSA) 2021-2025.